Saturday 29 November 2008

Rombakan

Assalamualaikum,

Apa makna rombakan?
Mengapa perlu rombakan?
Siapa yang cadang buat rombakan?
Siapa yang arah buat rombakan?
Siapa yang mahu agar ada rombakan?
Siapa yang telibat dengan rombakan?
Penting sangat ke sehingga perlu kepada rombakan?
Apa kesan rombakan?
Apa implikasi rombakan?
Apa persepsi pemerhati terhadap rombakan?
Sejauh mana berkesannya rombakan?
Puas hati bila dah buat rombakan?
Ada yang bersungut tak bila kena rombakan?
Wala' ke tidak bila terlibat dengan rombakan?
Masam muka ke bila digugur dalam rombakan?
Orang yang dengar approve ke tidak rombakan?
Orang yang lihat approve ke tidak rombakan?
Orang atas jenguk ke hal rombakan?
Orang bawah jeling ke ke rombakan?
Yang jenis hawa tak komen ke rombakan?
Yang jenis kelab penyokong tak komen ke rombakan?
Di lautan ada ripple ke tak bila berlaku rombakan?
Di gaung ada echo ke tak bila berlaku rombakan?
Di gunung ada gegaran tak bila berlaku rombakan?
Kan ke perkara biasa hal rombakan?
Kan ke biasa berlaku rombakan?
Timingnya kena ke ini rombakan?
Kalau timing tak kena kenapa perlu ini rombakan?
Kot ada yang mendesak sehingga perlu rombakan?
Atau ada yang mengasak sehingga perlu rombakan?
Suka ke, tak suka ke, tetap berlaku rombakan!


Yang confirm, ia satu rombakan
Bukan satu rompakan

http://hamirdin.blogspot.com/

Monday 24 November 2008

3 Idea Tun Mahathir Orang Ikut

Tiga idea mahathir orang dah ikut?

1) 'Bailout' syarikat yang nak bangkrap
2) 'Peg' matawang
3) Turunkan bunga bank bila ada krisis ekonomi

Saturday 22 November 2008

'LEUKEMIA' @ KANSER DARAH @ BLOOD CANCER

'Leukemia' is a dangerous cancer, 1-2 out of 10 will suffered. The best way (VERY IMPORTANT) to treat @ cure are :

1. Do chemotherapy at hospital
2. Do radiotheraphy at hospital
3. Control meal, don't eat meat,chicken and others acidic meal (eat fish only), dont eat too much rice.
4. Control your PH blood, PH7 is the best (use PH drops, you can buy at pharmacy or online)
5. Drink Osmosis water with Oxygen + minerals drops (buy at pharmacy or online or direct selling)
6. Don't go to the hospital for continuing chemoteraphy if you/patient can't walk well, go after you feel well. Lets doctors angry with you, but what to do! just silence?
7. Be happy every day!

But I know your big problem!...... money!, money!, money!

Tuesday 11 November 2008

Raja Petra lupus bukti guna program "Clean It" - saksi

11/11/2008 7:08pm

PETALING JAYA 11 Nov. — Pengendali dan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin telah melupuskan bahan bukti pengendalian melalui komputer riba miliknya dengan menggunakan program “clean it”, Mahkamah Sesyen di sini diberitahu hari ini.

ASP Waie Isqal Kria Abdullah dari Unit Siasatan Forensik Komputer Bukit Aman, berkata berdasarkan laporan analisis yang dilakukan terhadap komputer riba milik Raja Petra pada 11 sehingga 26 April lalu, tidak ada sebarang capaian ditemui.

Dengan itu, beliau berpendapat segala data yang terdapat di dalamnya telah dipadam menggunakan program “clean it”, “Apabila digunakan program tersebut, segala data tidak ditunjukkan dalam ’unallocated cluster’ iaitu satu lagi program yang digunakan untuk menyimpan fail-fail aktif yang telah dipadamkan,” katanya.

Waie Isqal yang merupakan saksi pendakwaan ke-7 berkata demikian semasa memberikan keterangan pada perbicaraan Raja Petra, 58, yang dituduh menerbitkan artikel berbaur hasutan di rumahnya di No. 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Artikel bertajuk “Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell” itu diterbitkan dalam www.malaysia-today.net pada 25 April.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)© Akta Hasutan 1948 itu membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Hakim Rozina Ayob akan memutuskan esok sama ada untuk membenarkan permohonan pendakwaan untuk Waie membuka dan menganalisis semula folder lain yang terdapat di dalam unit pemprosesan komputer (CPU) dan komputer riba milik Raja Petra.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof ketika mengemukakan permohonan itu berkata perkara itu amat penting bagi mencapai keputusan mahkamah yang adil.

“Sebelum ini, beliau (Waie) hanya mematuhi arahan yang dikeluarkan dengan membuka folder yang berkaitan dengan artikel “Let’s Send Altantuya Murderers To The Hell”.

“Waie perlu membuat analisis kali kedua untuk mengeluarkan folder tersebut dan ia boleh dijadikan sebagai keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan. Adalah wajar untuk saksi pendakwaan mendapatkan kandungan folder tersebut bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan bukti keseluruhan yang ada dalam komputer,” katanya.

Peguam yang mewakili Raja Petra, J. Chandra bagaimanapun membantah dengan menyatakan analisis kali kedua terhadap folder tersebut akan mencabar analisis sebelum ini sedangkan perbicaraan dilakukan mengikut skop dan spesifikasi yang betul.

Suasana dalam mahkamah hari ini agak lengang berbanding semalam, apabila hanya segelintir penyokong Raja Petra yang mengikuti perbicaraan itu.

— BERNAMA