Saturday, 12 July 2008

BERGADUH DAN MUSNAH

Kata-kata hikmat terkini:

"Apa gunanya kita bergaduh....... akhirnya semua kita akan jadi susah....."

Tuesday, 8 July 2008

Berhutang Untuk Maju Kedepan

Kata-kata nasihat daripada kawan saya...

" Hidup ini kena berhutang, kerana dengan berhutang sajalah kita akan dapat memiliki sesuatu. Justeru itu untuk membayar kembali hutang tersebut, membuatkan kita rajin untuk bekerja dan mencari duit"

Thursday, 3 July 2008

Perpaduan - www.chedet.com

PERPADUAN
Sumber: www.chedet.com


1. Ramai orang Melayu yang kesal kerana di waktu yang genting ini, di waktu mana berbagai-bagai masalah melanda orang Melayu di negara tercinta ini, mereka berpecah dan bersengketa sesama sendiri.

2. Umum tahu perpecahan melemahkan, sebaliknya perpaduan memberi kekuatan. Berhadapan dengan aneka jenis masalah dan tekanan, orang Melayu amat perlu kepada perpaduan sekarang.

3. Pada tahun 1946, di waktu orang Melayu diancam kehilangan tanahair mereka, orang Melayu bersatu padu dan menentang British. Walaupun mereka lemah, miskin, tidak bersenjata, tetapi demikianlah kekuatan hasil perpaduan mereka sehingga British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka dan Malayan Union digugurkan.

Www.chedet.com