Monday, 21 April 2008
Punca BN Kalah...
Seluruh pemikiran pemimpin Melayu sekarang ini tertumpu kepada mencari sebab musabab mengapa UMNO dan BN kalah 'separuh teruk' dalam PRU12 baru-baru ini.
Ada yang kata kalah kerana sabotaj, kerana Khairi Jamaludin @ menantu PM, kerana PM lembik, kerana Tun Mahathir celupar, kerana keris, kerana rasuah, kerana menteri tak tahu buat kerja, kerana macam-macam lagi lah.....
Pada saya itu semua sebab kecil sahaja, sengaja direka-reka untuk menyedapkan hati sahaja....
Kita kena ingat politik kepartian bermakna 'dari rakyat untuk rakyat'. Mandat rakyat adalah untuk seluruh rakyat, bukannya untuk sebilangan rakyat sahaja, bermakna mesti adil untuk seluruh rakyat......
Pada saya sebabnya senang sahaja:-
"kerana rakyat inginkan perubahan politik iaitu politik yang amanah dan harmoni dan berupaya menjaga jasmani dan rohani seluruh rakyat". Ini hak azali........
Sesiapa yang 'cakap tidak serupa bikin' semestinya akan di 'lenyapkan'......
Sekain untuk kali ini.
P.S
1. Kampung menjadi 'huru hara' kerana ketua kampungnya 'keras kepala'.
2. Ketua kampung 'keras kepala' kerana wakil rakyat 'keras kepala' nak lantik dia juga.
3. Wakil rakyat jadi 'keras kepala' kerana ini arahan ketua atasan yang 'keras kepala' nak jaga air muka.
4. Ketua atasan 'keras kepala' kerana fikiran sudah jadi 'gundah gelana'..
5. Apabila ketua atasan sudah jadi 'gundah gelana' rakyat pun 'tukarlah selera'
Hikmah 'Menang dan Kalah' Dalam Politik
Tujuannya senang saja ‘demi rakyat untuk rakyat’ dimana rakyat akan lebih mendapat manfaat daripada janji-janji manifesto parti yang bertanding. Kalau janji tidak ditunaikan ‘lain kali kita tukar balik’ kepada parti lain. Dalam hal ini kita jangan terlalu emosional, kena terima hakikat………..
Apa sahaja parti yang memerintah wajib ‘memerintah rakyat’ dan bukannya memerintah untuk suku-sakat ahli partinya sahaja. Hak-hak kerajaan persekutuan dan negeri adalah untuk ‘rakyat Malaysia’ dan tidak boleh dikompromikan. Pemerintah kena adil dan saksama untuk seluruh rakyat jelata…….
Sekian untuk kali ini.
Sunday, 13 April 2008
CERITA KIASAN ‘MANUSIA DAN GAJAH’
Gajah adalah merupakan binatang yang baik, gagah perkasa, bertimbang rasa, berhati mulia, naluri macam manusia dan mahu dibelai sepanjang masa. Gajah akan bertindak ganas sekiranya habitatnya diganggu dan makanannya ‘dirampas’. Sebagai protes gajah akan bertindak ‘hit and run’ ……….
Manusia @ rakyat adalah macam gajah juga, akan bertindak diluar jangkaan sekiranya juang hidup mereka diganggu…….
Pendek kata rakyat Malaysia sekarang 'sudah naik minyak @ gajah naik minyak'...
Adakah anda sebahagian dari kelompok rakyat @gajah tersebut!
Ada komen?
DEFINASI POLITIK KURUN 22
Kawan-kawan,
Definasi politik sebenarnya masih belum muktamad dan boleh diperdebatkan. Politik untuk kurun yang akan datang umumnya boleh didefinasikan seperti berikut:
“menguruskan sumber-sumber dalam dan luar negara untuk juang hidup diri sendiri, rakyat dan negara dengan cara putar belit, tipu muslihat, temberang, birokrasi, cantas mencantas dan menekan orang lain dan merupakan suatu urusan yang hidup (tidak kaku) yang boleh memberi kesejahteraan untuk semua orang samada dunia dan akhirat”.
Ahli politik yang hebat dilihat bagaimana beliau berupaya memberanikan dirinya untuk memberi kesejahteraan dunia dan akhirat untuk diri beliau sendiri, rakyat dan negara….
Apa komen anda…
Sunday, 6 April 2008
MUKHRIZ ATAU KHIR TOYO JADI PM
Undian siapa bakal PM Malaysia 15 tahun akan datang telah saya hoskan di blog saya ini... . Jangkaan saya meleset haaaaa!
Pada jangkaan awal saya, Mukriz atau Khir Toyo yang jadi pilihan sebagai PM akan datang!, rupa-rupanya bukan, Anwar Ibrahim tetap menjadi pilihan. Adakah ini pilihan 'akar umbi' atau bagaimana?.
Adakah ini petanda Anwar Ibrahim dan BA tetap akan monopoli undi popular pada PRU13 akan datang?
Sama-samalah kita lihat 'sepak terajang' politik Malaysia untuk beberapa tahun akan datang ini. Bagaimana pula dengan persiapan UMNO, MCA dan MIC? sudahkah anda bersedia untuk 'melawan' BA nanti?
Khas buat BN!, ubat luka anda dahulu.... untuk kembali bertempur!
P.S Mukriz dan Khir Toyo - jangan takut, anda masih ada peluang!, saya tahu anda tetap akan kembali popular! Haaaaaaaa!
Friday, 4 April 2008
'APABILA MELAYU SUDAH MARAH'
Sekarang ini kat Malaysia 'musim marah'..... sultan marah, kawan aku marah, dia marah, jiran marah, orang kampung marah, menteri marah, calon kalah marah, cina marah, india marah..
Eh marah kat siapa haaaaaaaa... Sudah jadi kelam kabut la... Satu Malaysia marah, sudah jadi bersilang-silang marahnya.
Bila nak dirungkaikan 'marah' pun sudah naik sakit kepala..., jadi aku pun sudah naik marah..
Haaaaaaaaaaa!
Akibat marah benda yang senang nak diselesaikan pun naik susah.....
Apa komen kawan-kawan..........
Oman time 11.57 @ Malaysia time 3.57 pm
'FIKIRAN AKU SUDAH TERBALIK'
Idea fikiran aku ini amat tidak sama dengan kebanyakan fikiran orang lain. Aku juga hairan!. Aku bukannya suka 'khayalan' tapi idea yang aku keluarkan semuanya berlapikkan realiti.
Apabila 90% khalayak kata 'yes' aku pula kata "no" dan terbukti aku yang betul. Aku boleh kupaskan mengapa aku kata "no" dengan jelas dan nyata. Semua orang terpegun dengan aku. Aku gembira dengan anugerahNya kepada aku.
Antara hobi aku adalah membaca buku, cakap apa saja buku yang aku tidak baca..... aku ada hampir 2 tonne buku dirumah, tapi maaf pinjam-pinjam tak main la. Aku sudah kena 'kapur'....
Sekarang ini aku sedang 'mengorek' satu teori pengurusan 80/20, hebat bunyi. Kawan-kawan nak tahu apa dia 80/20..... hahahahaha. Kantui....... tak tau la tu!
Teori 80/20 itu pendek kata macam inila...
1. Contoh- katakan dalam perniagaan, untuk dapatkan untung 80%, kita gunakan hanya 20% modal dan tenaga sahaja.
2. Contoh - untuk menyelesaikan 80% masalah, kita gunakan hanya 20% masa dan usaha kita.
Jadi pendek kata kita kena berfikiran 'terbalik' untuk menyelesaikan kebanyakan isu...
Dan banyak lagi.......
Bye
Oman time 11;33 am / Malaysia time 3.33 p.m
2.