Kawan-kawan,
Seluruh pemikiran pemimpin Melayu sekarang ini tertumpu kepada mencari sebab musabab mengapa UMNO dan BN kalah 'separuh teruk' dalam PRU12 baru-baru ini.
Ada yang kata kalah kerana sabotaj, kerana Khairi Jamaludin @ menantu PM, kerana PM lembik, kerana Tun Mahathir celupar, kerana keris, kerana rasuah, kerana menteri tak tahu buat kerja, kerana macam-macam lagi lah.....
Pada saya itu semua sebab kecil sahaja, sengaja direka-reka untuk menyedapkan hati sahaja....
Kita kena ingat politik kepartian bermakna 'dari rakyat untuk rakyat'. Mandat rakyat adalah untuk seluruh rakyat, bukannya untuk sebilangan rakyat sahaja, bermakna mesti adil untuk seluruh rakyat......
Pada saya sebabnya senang sahaja:-
"kerana rakyat inginkan perubahan politik iaitu politik yang amanah dan harmoni dan berupaya menjaga jasmani dan rohani seluruh rakyat". Ini hak azali........
Sesiapa yang 'cakap tidak serupa bikin' semestinya akan di 'lenyapkan'......
Sekain untuk kali ini.
P.S
1. Kampung menjadi 'huru hara' kerana ketua kampungnya 'keras kepala'.
2. Ketua kampung 'keras kepala' kerana wakil rakyat 'keras kepala' nak lantik dia juga.
3. Wakil rakyat jadi 'keras kepala' kerana ini arahan ketua atasan yang 'keras kepala' nak jaga air muka.
4. Ketua atasan 'keras kepala' kerana fikiran sudah jadi 'gundah gelana'..
5. Apabila ketua atasan sudah jadi 'gundah gelana' rakyat pun 'tukarlah selera'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment