Monday, 21 April 2008

Hikmah 'Menang dan Kalah' Dalam Politik

Rakyat Malaysia sebenarnya ‘lembab’ dan ‘lambat’ membuat perubahan politik. Rakyat India, Jepun dan Indonesia dalam hal ini telah ‘terkehadapan’ didalam membuat perubahan politik.

Tujuannya senang saja ‘demi rakyat untuk rakyat’ dimana rakyat akan lebih mendapat manfaat daripada janji-janji manifesto parti yang bertanding. Kalau janji tidak ditunaikan ‘lain kali kita tukar balik’ kepada parti lain. Dalam hal ini kita jangan terlalu emosional, kena terima hakikat………..

Apa sahaja parti yang memerintah wajib ‘memerintah rakyat’ dan bukannya memerintah untuk suku-sakat ahli partinya sahaja. Hak-hak kerajaan persekutuan dan negeri adalah untuk ‘rakyat Malaysia’ dan tidak boleh dikompromikan. Pemerintah kena adil dan saksama untuk seluruh rakyat jelata…….

Sekian untuk kali ini.

No comments: